Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling
selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua
arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara
yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima
langkah melintas.
- Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
- Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
- Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
- Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
- Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas
merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan
belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas
hanya apabila lampu isyarat orang hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak
digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai
topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada
tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik
merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat
tanganapabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan
tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.
0 comments:
Post a Comment